Print

Peperiksaan SPM

Written by Super User. Posted in Kurikulum

DATA PEPERIKSAAN SPM 2012

Analisa Peperiksaan SPM Tahun 2012

Seramai 118 orang calon telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2012. Keputusan keseluruhan Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak telah mencatatkan keputusan 100% dengan menunjukkan peningkatan kualiti berdasarkan indikator gred purata sekolah (GPS) yang menurun ketara sebanyak -0.25 kepada 4.09. Peningkatan ini meletakkan SAM Muhammadiah di tangga keempat daripada tujuh belas buah sekolah dalam daerah Sabak Bernam.

Sembilan mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan kualiti dengan penurunan gred purata sekolah (GPS). Mata pelajaran tersebut adalah Bahasa Melayu -0.45 (2.93) , Bahasa Arab -0.82 (6.09), Matematik -0.85 (3.14) , Matematik Tambahan -0.44 (5.31) , Sains -0.02 (1.94) , Sejarah -0.05 (4.25) , Prinsip Perakaunan -0.76 (1.88) , Ekonomi Asas – 1.25 (4.18) dan Perdagangan – 0.65 (4.96).

Manakala empat mata pelajaran menunjukkan penurunan kualiti dengan peningkatan gred purata sekolah (GPS) bagi setiap mata pelajaran. Mata pelajaran tersebut adalah Bahasa Inggeris + 0.06 (6.37) , Pendidikan Syariah Islamiah +0.46 (4.71) , Pendidikan Al-Quran dan Sunnah +0.31 (3.36)  dan Pendidikan Seni Visual +0.16 (3.5).

Empat mata pelajaran yang mencapai keputusan kelulusan 100% iaitu Bahasa Melayu, Sains, Prinsip Perakaunan dan Pendidikan Seni Visual. Tiga mata pelajaran menunjukkan peningkatan peratus kelulusan iaitu mata pelajaran Bahasa Arab +9% (94%), Matematik +0.6% (99.1%) dan Ekonomi Asas +1.7% (97.9%). Manakala enam mata pelajaran menunjukkan penurunan kelulusan iaitu mata pelajaran Bahasa Inggeris -2.27% (94%), Matematik Tambahan -0.5% (95.8%), Pendidikan Al-Quran dan Sunnah -0.9% (98.3%), Pendidikan Syariah Islamiah -1.1% (96.6), Sejarah -1.1 (97.4) dan Perdagangan – 0.2% (98.5).

Pelajar terbaik SPM tahun 2011 ialah Fatin Farhani binti Zulkifli dengan pencapaian 9A (3A+, 6A dan 1B+). Tahniah diucapkan kepada beliau.